ABSTRAKKemajuan Internet telah membawa peluang-peluang baru untuk perkongsian dan pengumpulan pengetahuan dalam masyarakat. Internet boleh menyediakan peluang tanpa batasan untuk pembangunan ekonomi dan penglibatan sosial melalui alat dan pemikiran inovatif baru. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan Internet dalam kalangan usahawan wanita, sesuai dengan fenomena perniagaan dalam talian yang memuncak masa kini. Usahawan wanita dalam kajian ini merujuk kepada mereka yang mempunyai misi dan visi sebagai usahawan berjaya dengan menjadikan Internet sebagai medium utama yang menggerakkan perniagaan mereka. Objektif kajian adalah untuk mengetahui pola penggunaan Internet dalam kalangan usahawan wanita dengan dimensi-dimensi yang telah dikenal pasti. Kaedah kuantitatif secara tinjauan telah dilakukan terhadap 402 orang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan secara dalam talian (online). Dua kaedah tinjauan digunakan iaitu secara temu bual bersemuka dan secara pengisian dalam talian. Kajian ini juga mentakrifkan penggunaan Internet sebagai keupayaan dan pengalaman responden dari aspek kekerapan mengakses aplikasi Internet, kemahiran menggunakan Internet dan motivasi responden dalam menggunakan Internet juga turut dikenal pasti. Hasil dapatan menunjukkan bahawa aplikasi yang sering diakses dan digunakan adalah aplikasi yang menjadi perhatian ramai seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram. Responden juga mempunyai kemahiran dan bermotivasi menggunakan Internet dalam kadar yang tinggi. Jelas, ini menunjukkan bahawa usahawan wanita sangat bergantung kepada penggunaan Internet dalam urusan perniagaan mereka dengan tahap kemahiran dan motivasi yang tinggi.
Kata kunci: Penggunaan Internet, kemahiran, motivasi, usahawan, wanita modenInternet Use among Women in Business: Access, Skill and Motivations ABSTRACT Advancement in Internet technology has brought about new opportunities for knowledge sharing and accumulation towards the community of men and women. The Internet can provide unlimited opportunities for economic development and social engagement through new tools and innovative thinking. This study aimed to review the patterns of Internet usag among women entrepreneurs, in line with online business phenomenon that culminates today. Women entrepreneurs in this study referred to online women entrepreneurs that carries with them a mission to be successful entrepreneurs by making Internet as the main medium for initiating their businesses. The objective