Beberapa kajian telah menunjukkan terdapat murid kurang menguasai isi pelajaran disebabkan faktor kepelbagaian murid di dalam bilik darjah. Dalam konteks pendidikan, hal ini tidak akan selesai sehingga wujudnya kaedah pengajaran yang baharu yang dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai untuk kepelbagaian murid di bilik darjah. Antara faktor yang menyumbang kepada murid tidak menguasai isi pelajaran ialah faktor gaya pengajaran guru yang mengajar dengan gaya “one-size-fits-all” tidak sesuai diguna pakai memandangkan murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar, tahap penguasaan dan berlainan kecerdasan berada di dalam bilik darjah yang sama. Oleh itu, bagi membantu guru dalam menangani masalah murid yang pelbagai di dalam bilik darjah dan guru dapat mengaplikasikan satu bentuk pengajaran yang dapat melengkapi keperluan murid yang pelbagai, satu pendekatan baharu diperkenalkan iaitu melalui Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy). Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) merupakan satu konsep pengajaran di mana guru mengubahsuai kandungan iaitu isi pelajaran yang disampaikan oleh guru, proses iaitu strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran, produk merujuk kepada hasil kemahiran yang murid dapat dan dinilai guru dan persekitaran merujuk kepada suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif. Elemen-elemen ini akan diubah suai oleh guru mengikut kepelbagaian murid iaitu kesediaan belajar murid, minat murid terhadap pembelajaran dan profil pembelajaran di mana kecenderungan kecerdasan murid dikesan. Kertas konsep ini membincangkan Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) untuk digunakan dalam membantu pengajaran guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian murid.
The issue in lack of integration of Higher Order Thinking Skills (HOTS) elements in the teaching practices of primary school Islamic Education teachers has led to the need for an understanding of the factors affecting the integration of HOTS in their teaching. This study explained the link between trust and Professional Learning Community (PLC) among groups with the integration of HOTS in the teaching of Islamic Education at the individual level. The research used a quantitative approach with a cross-sectional survey design, involving 642 Islamic Education teachers in 112 primary schools in Malaysia. The data obtained from this study analyzed using multilevel modeling by employing hierarchical linear modeling software. The findings found that PLC is a dominant predictive factor in teaching Islamic Education with integrated HOTS compared to trust. The findings of this study are expected to serve as a guide to Islamic Education teachers in the effort to integrate HOTS in their teaching and assist the administrators in sustaining PLC in schools also creating an environment of mutual trust so that the community in schools can function more productively and effectively. Keywords: Trust; Professional Learning Community; Higher Order Thinking Skills; Islamic Education Teaching Abstrak: Isu mengenai kurangnya pengintegrasian elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam amalan pengajaran guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah menyebabkan perlunya kepada pemahaman mengenai faktor yang mempengaruhi pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan hubungan antara kepercayaan dan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) yang berada di peringkat kumpulan dengan pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT di peringkat individu. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan keratan rentas melibatkan 642 orang GPI di 112 buah sekolah rendah di Malaysia. Data yang diperoleh daripada kajian ini dianalisis secara multilevel modeling menggunakan perisian HLM (hierarchical linear modeling). Dapatan kajian ini mendapati KPP merupakan faktor peramal yang dominan kepada pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT berbanding kepercayaan. Dapatan kajian ini diharap berupaya menjadi panduan kepada GPI dalam usaha mengintegrasikan KBAT dalam pengajaran mereka, di samping membantu pihak pentadbir dalam melestarikan KPP di sekolah serta mewujudkan persekitaran yang saling percaya agar komuniti di sekolah dapat berfungsi dengan lebih produktif dan efektif. Kata kunci: Kepercayaan; Komuniti Pembelajaran Profesional; Kemahiran Berfikir Aras Tinggi; Pengajaran Pendidikan Islam
Kajian ini mengkaji hubungan antara kepercayaan, efikasi kendiri, dan pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Seramai 642 orang GPI dari 112 buah sekolah terlibat dalam tinjauan ini. Analisis secara multilevel dijalankan untuk meneroka bagaimana pemboleh ubah peringkat kumpulan (kepercayaan) memberi kesan ke atas pemboleh ubah peringkat individu (efikasi kendiri dan amalan pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT). Dapatan menunjukkan kepercayaan dan efikasi kendiri berhubung secara positif dan signifikan ke atas pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT. Dapatan kajian juga menunjukkan efikasi kendiri berperanan sebagai mediator terhadap hubungan antara kepercayaan dan pengajaran Pendidikan Islam berintegrasikan KBAT guru Pendidikan Islam. Implikasi dapatan kajian ini diharap dapat membantu memupuk sikap saling percaya dalam kalangan GPI dan komuniti sekolah serta membantu dalam memperbaiki amalan pengajaran mereka.
The world of education is inextricably linked to the development of human resources in order to generate intellectual resources in tandem with global economic growth. Teachers' teaching quality must be improved so that students can benefit from more meaningful learning. In this regard, self-learning, such as heutagogy, should be highlighted in teachers' teaching as one of the efforts to empower students' ability to face the educational era of the twenty-first century. The requirements of PdPR in the endemic situation of Covid 19 also necessitate the use of a heutagogic approach in schools in order to increase student autonomy in learning. As a result, this study was carried out to investigate secondary school Islamic Education teachers' attitudes toward the heutagogic approach as self-learning in the teaching of Islamic Education. The implementation of the heutagogic approach will improve the teaching and learning process, allowing the main goal of student development to be met to the greatest extent possible. This is a case study with a qualitative approach that includes semi-structured interviews and document analysis. Data from interviews were transcribed, thematically analysed, and triangulated through document inspection. The study's findings on teachers' understanding of the heutagogic approach are organised into five themes: self-reliance, student focus, teachers as guides, technology use, and religious demands.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.