Beberapa kajian telah menunjukkan terdapat murid kurang menguasai isi pelajaran disebabkan faktor kepelbagaian murid di dalam bilik darjah. Dalam konteks pendidikan, hal ini tidak akan selesai sehingga wujudnya kaedah pengajaran yang baharu yang dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai untuk kepelbagaian murid di bilik darjah. Antara faktor yang menyumbang kepada murid tidak menguasai isi pelajaran ialah faktor gaya pengajaran guru yang mengajar dengan gaya “one-size-fits-all” tidak sesuai diguna pakai memandangkan murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar, tahap penguasaan dan berlainan kecerdasan berada di dalam bilik darjah yang sama. Oleh itu, bagi membantu guru dalam menangani masalah murid yang pelbagai di dalam bilik darjah dan guru dapat mengaplikasikan satu bentuk pengajaran yang dapat melengkapi keperluan murid yang pelbagai, satu pendekatan baharu diperkenalkan iaitu melalui Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy). Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) merupakan satu konsep pengajaran di mana guru mengubahsuai kandungan iaitu isi pelajaran yang disampaikan oleh guru, proses iaitu strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran, produk merujuk kepada hasil kemahiran yang murid dapat dan dinilai guru dan persekitaran merujuk kepada suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif. Elemen-elemen ini akan diubah suai oleh guru mengikut kepelbagaian murid iaitu kesediaan belajar murid, minat murid terhadap pembelajaran dan profil pembelajaran di mana kecenderungan kecerdasan murid dikesan. Kertas konsep ini membincangkan Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) untuk digunakan dalam membantu pengajaran guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian murid.
This article discusses a new teaching approach that is in line with the latest education that focuses on student -centered learning. This approach to teaching Differentiated Instruction is in line with Imam Ibn Sahnun's thinking on the importance of teacher teaching that focuses on student learning style and justice to all students regardless of their level of ability and capability in the classroom. This approach is an appropriate paradigm shift in responding to the call of the Ministry of Education Malaysia in fulfilling the objectives of the Malaysian Education Development Plan 2013- 2025 which is to close the achievement gap among students and the expectations of the Ministry of Education Malaysia in the release letter number 14 of 2018 which states teacher evaluation to pupils are holistic (Ministry of Education Malaysia, 2018). Differentiated Instruction is a relevant teaching method and suitable for use in teaching because it has a teaching aspect that involves all students without differentiating between students whether the students have excellent, moderate, or poor level of learning mastery. This article focuses on the philosophy of Differentiated Instruction which emphasizes on the learning style of students and also the thinking of Imam Ibn Sahnun who emphasizes on the teaching of teachers who should give justice to all students regardless of the background of students and so on and should be the method of teaching Differentiated Instruction very appropriately used in teaching to diverse pupils.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap keperluan elemen utama dan turutan kedudukan (ranking) keutamaan bagi setiap item dalam reka bentuk pembangunan Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen proses pengajaran bagi mata pelajaran tilawah al-Quran. Dalam kajian ini, kaedah Fuzzy Delphi digunakan dengan menggunakan tujuh skala likert. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mereka bentuk Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran tilawah al-Quran mengikut konsensus pakar. Oleh itu, pengkaji mendapatkan konsensus pakar seramai 16 orang pakar dari pelbagai bidang terutamanya bidang pedagogi dan tilawah al-Quran. Borang soal selidik kajian mengandungi 39 item yang melibatkan lima elemen utama iaitu (i) pengetahuan pedagogi kandungan, (ii) perancangan guru berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai dengan, (iii) keadilan kepada murid, (iv) pelaksanaan kaedah pengajaran dan (v) amalan guru dalam mengubah suai proses pengajaran dan pembelajaran. Data dianalisis dengan menggunakan penomboran segi tiga Fuzzy. Kedudukan (ranking) setiap item ditentukan dengan menggunakan Defuzzification Process. Dapatan kajian menunjukkan konsensus pakar terhadap semua item dalam elemen utama. Dapatan menunjukkan kesemua item diterima dan melepasi tiga syarat Fuzzy iaitu nilai threshold (d) tidak melebihi atau sama dengan 0.2, peratus kesepakatan pakar melebihi atau sama dengan 75% dan nilai Defuzzification (alpha cut) melebihi atau sama dengan 0.5. Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen proses pengajaran di harap dapat memberi idea baharu kepada sektor pendidikan khususnya guru Pendidikan Islam dalam mempelbagaikan metodologi pengajaran kepada murid yang pelbagai.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap keperluan elemen utama dan kedudukan (ranking) mengikut keutamaan bagi setiap item dalam reka bentuk pembangunan Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen kandungan pelajaran tilawah al-Quran di sekolah rendah. Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi Method. Pengkaji juga menggunakan khidmat 16 orang pakar dari pelbagai bidang iaitu bidang pedagogi dan pendidikan al-Quran. Borang soal selidik mengandungi 16 item yang melibatkan tiga konstruk utama iaitu (i) perancangan pengajaran, (ii) pengetahuan isi kandungan pelajaran dan (iii) amalan guru dalam mengubah suai kandungan pelajaran. Data dianalisis dengan menggunakan software Fudelo. Dapatan kajian menunjukkan kesemua item yang dicadangkan oleh pengkaji melepasi ketiga-tiga syarat Fuzzy Delphi Method (FDM) iaitu nilai threshold (d) kurang atau sama daripada 0.2, jumlah kesepakatan pakar melebihi atau sama dengan 75% dan nilai alpha cut iaitu nilai defuzzification melebihi atau sama dengan 0.5. Dapatan keseluruhan menunjukkan terdapat konsensus pakar bagi item-item yang dicadangkan dalam reka bentuk Model Pedagogi Terbeza berasaskan elemen kandungan pelajaran tilawah al-Quran sekolah rendah. Reka bentuk model ini diharap dapat membantu guru Pendidikan Islam dalam menguasai kandungan pelajaran tilawah al-Quran dengan lebih baik dan kompeten. This study aims to obtain expert consensus on the need for key elements and rank each item in order of priority in the development of different pedagogical models based on the content elements of Quran recitation lessons in primary schools. In this study, the researcher used a quantitative research method by using the Fuzzy Delphi Method approach. The researcher also used the services of 16 experts from various fields, namely the field of pedagogy and Quranic education. The questionnaire contains 16 items involving three main constructs, namely (i) lesson planning, (ii) knowledge of lesson content, and (iii) teacher practise in modifying lesson content. The data was analysed using Fudelo software. The findings showed that all items proposed by the researcher passed the three conditions of the Fuzzy Delphi Method (FDM): the threshold value (d) is less than or equal to 0.2, the total expert agreement exceeds or equals 75%, and the alpha cut value, which is the defuzzification value, exceeds or equals 0.5. The overall findings indicate that there is expert consensus for the items proposed in the design of the differentiated pedagogy model based on the content elements of primary school Quran recitation lessons. The design of this model is expected to help Islamic Education teachers master the content of Quran recitation lessons better and more competently.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.