ABSTRAKIstilah dibentuk untuk menyokong perbendaharaan kata bagi setiap ilmu yang dikembangkan. Persoalannya, bagaimanakah orang dahulu mencipta istilah sebelum adanya rumus dan peraturan? Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa sebahagian besar istilah pada masa lalu dibentuk secara spontan, namun pasti ada kaedah tersendiri yang membantu bijak pandai dahulu mencipta istilah. Bahkan, beberapa hasil penelitian membuktikan bahawa masyarakat Melayu mencipta istilah berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan alam. Tradisi tersebut tidak hanya terhenti dalam kalangan masyarakat Melayu lama, tetapi juga berkesinambungan sehingga kini. Misalnya, melalui kaedah pembentukan nama-nama fauna seperti sesibur (sibur-sibur), pepatung (patung-patung), lelais (lais-lais) atau sesumpah (sumpah-sumpah); dan flora seperti deduit (duit-duit), bebaru (baru-baru), bebuas (buasbuas) atau bebati (beti-beti) yang muncul sejak zaman dahulu, kini istilah seperti cecair, rerambut, tetikus, bebuli dan tetingkap digunakan dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk kejuruteraan dan sains dan teknologi. Persamaan struktur tersebut bukan sekadar berdasarkan peniruan semata-mata, sebaliknya ada rumus yang pastinya dapat dijelaskan. Artikel ini bertujuan memaparkan aspek dan pola gandaan separa dalam terminologi bahasa Melayu, di samping menjelaskan keterkaitan antara ilmu dan penciptaan istilah. Kupasan konsep istilah yang dihuraikan menggunakan pendekatan sosioterminologi, yang menggabungkan data, analogi, falsafah dan kognisi penutur Melayu, bukan sahaja dapat menyingkap kebijaksanaan Melayu dalam menentukan pemilihan istilah tetapi juga menyerlahkan akal budi Melayu. Analisis yang dilakukan terhadap 1,087 istilah gandaan separa yang ditemukan dalam korpus istilah Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) mendapati bahawa walaupun pembentukan istilah gandaan separa mengekalkan ragam kemelayuan istilah yang dibentuk, namun pembentukannya bukanlah dilakukan secara sembrono, sebaliknya mempunyai pola dan sistem yang teratur.
It is claimed that a conflict may exist between the implicit values underlying English language teaching and the values of Islam. This article describes two parallel pieces of research undertaken in a statefunded religious school in the state of Melaka in Malaysia aimed at investigating this claim. It concludes that the majority of students studying English in this context were well‐motivated towards English language learning and while recognizing the dangers of absorbing alien values through their language learning, felt able to resist these and to deploy English as a tool for the development of themselves and their nation without feeling that their identity as Malay and Muslim was compromised in any serious way.
Kajian berkaitan ucapan politik bukan sesuatu yang baharu dan telah dikaji daripada pelbagai aspek termasuk aspek penggunaan bahasa. Ucapan politik merupakan wahana yang menggabungkan penyampaian idea dan ideologi melalui penggunaan bahasa supaya dapat difahami oleh pendengar. Kejayaan menyampaikan sesuatu ucapan politik bergantung kepada hujah yang meyakinkan pendengar. Sehubungan itu, kajian ini mengemukakan analisis tentang penggunaan lakuan tutur (LT) sebagai satu strategi penghujahan yang berkesan. Objektif kajian ini ialah membandingkan penggunaan LT dalam dua situasi yang berbeza, seterusnya mentafsir dan memberi penjelasan akan dapatan yang diperolehi hasil daripada perbandingan tersebut. Data utama kajian merupakan dua teks ucaptama Zahid Hamidi, iaitu teks Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) yang berlaku sebelum pilihan raya umum ke -14 (PRU14) dan ucaptama dalam Perhimpunan Agung Umno 2018 yang diadakan selepas kekalahan parti dalam PRU14. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis penggunaan aspek lakuan tutur pengucap dengan bersandarkan kerangka teori Bach dan Harnish (1979). Secara keseluruhan dapatan menunjukkan kempat-empat LT, iaitu LT Pengumuman (Constatives), Arahan (Directives), Perjanjian (Commissives) dan Perakuan (Acknowledgements) diaplikasikan oleh pengucap. LT Pengumuman dan LT Arahan telah digunakan secara khusus untuk mempengaruhi dan meyakinkan pendengar akan hujah yang dikemukakan dalam PAU 2017 berbanding dalam PAU 2018. Kajian juga menunjukkan selepas PRU14, pengucap lebih banyak mengaplikasikan LT Perjanjian dan LT Perakuan. LT Perjanjian dalam teks 2018 adalah sebanyak 10.3% berbanding 4.5% pada 2017 dan LT Perakuan dalam teks 2018 adalah sebanyak 9.3% berbanding 5.4% pada 2017. Perubahan ini disebabkan oleh keperluan bagi Zahid untuk menyesuaikan tutur katanya dengan senario sosiopolitik pada tahun 2018. Hal ini membuktikan bahawa senario sosio-politik jelas mempunyai kesan terhadap jenis LT yang digunakan dalam ucapan ahli politik. Kajian ini juga memberi mesej kepada ahli politik supaya memastikan ucapan yang disampaikan mengandungi LT yang sesuai dengan keadaan semasa yang dapat difahami dengan mudah oleh penyokong mereka a Pengarang utama b Pengarang koresponden
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.