ABSTRAKKajian dialek geografi di Malaysia sebelum ini telah memberikan maklumat taburan dialek secara umum berdasarkan perbezaan fonologi dan leksikal. Kajian tersebut telah menjadi asas kepada kajian geolinguistik pada hari ini. Dalam kajian kali ini, varian leksikal "daun kari" dan "daun kesum" dalam dialek Melayu Kedah di Pulau Langkawi telah diteliti. Berasaskan analisis geolinguistik, elemen linguistik telah digabungkan bersama dengan faktor bukan bahasa seperti bentuk muka bumi, persempadanan, migrasi dan sejarah. Seramai 90 orang responden telah dipilih yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua. Penganalisisan data dilakukan dengan berbantukan perisian Geographic Information System (GIS). Kajian ini telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti penggunaan varian bagi kedua-dua leksikal yang dikaji. Selain itu, perbandingan dan penyebaran setiap varian leksikal tersebut telah berjaya dipetakan dengan bantuan teknik chloropleth. Seterusnya, penerapan perisian GIS ini telah berjaya membantu menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebaran varian leksikal di Langkawi. Hasil kajian ini telah dapat membuktikan secara saintifik bahawa kawasan mukim Padang MatSirat, Bohor dan Kuah adalah kawasan asal penutur dialek Melayu Langkawi, manakala Ayer Hangat dan Ulu Melaka mempunyai paling ramai penutur dialek Melayu Satun. Seterusnya, di mukim Kedawang pula terdapat penduduk yang menuturkan dialek Melayu Patani. Penyebaran ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor sejarah, geografi dan sosiobudaya. Kajian ini menjadi lebih menarik, sistematik dan meyakinkan kerana disokong dengan kehadiran teknologi GIS dan pendekatan multidisiplin.
ABSTRAKIstilah dibentuk untuk menyokong perbendaharaan kata bagi setiap ilmu yang dikembangkan. Persoalannya, bagaimanakah orang dahulu mencipta istilah sebelum adanya rumus dan peraturan? Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa sebahagian besar istilah pada masa lalu dibentuk secara spontan, namun pasti ada kaedah tersendiri yang membantu bijak pandai dahulu mencipta istilah. Bahkan, beberapa hasil penelitian membuktikan bahawa masyarakat Melayu mencipta istilah berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan alam. Tradisi tersebut tidak hanya terhenti dalam kalangan masyarakat Melayu lama, tetapi juga berkesinambungan sehingga kini. Misalnya, melalui kaedah pembentukan nama-nama fauna seperti sesibur (sibur-sibur), pepatung (patung-patung), lelais (lais-lais) atau sesumpah (sumpah-sumpah); dan flora seperti deduit (duit-duit), bebaru (baru-baru), bebuas (buasbuas) atau bebati (beti-beti) yang muncul sejak zaman dahulu, kini istilah seperti cecair, rerambut, tetikus, bebuli dan tetingkap digunakan dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk kejuruteraan dan sains dan teknologi. Persamaan struktur tersebut bukan sekadar berdasarkan peniruan semata-mata, sebaliknya ada rumus yang pastinya dapat dijelaskan. Artikel ini bertujuan memaparkan aspek dan pola gandaan separa dalam terminologi bahasa Melayu, di samping menjelaskan keterkaitan antara ilmu dan penciptaan istilah. Kupasan konsep istilah yang dihuraikan menggunakan pendekatan sosioterminologi, yang menggabungkan data, analogi, falsafah dan kognisi penutur Melayu, bukan sahaja dapat menyingkap kebijaksanaan Melayu dalam menentukan pemilihan istilah tetapi juga menyerlahkan akal budi Melayu. Analisis yang dilakukan terhadap 1,087 istilah gandaan separa yang ditemukan dalam korpus istilah Kejuruteraan dan Sains dan Teknologi (S&T) mendapati bahawa walaupun pembentukan istilah gandaan separa mengekalkan ragam kemelayuan istilah yang dibentuk, namun pembentukannya bukanlah dilakukan secara sembrono, sebaliknya mempunyai pola dan sistem yang teratur.
ABSTRAKKebanjiran tenaga kerja asing, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan penetapan sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan menjelang tahun 2020, merupakan peluang untuk mengembangkan bahasa Melayu kepada penutur asing. Namun, dalam keghairahan menyambut warga asing ini, perancangan dan tindakan yang tepat perlu diberikan perhatian. Mereka bukan sahaja perlu mempelajari bahasa Melayu, tetapi juga budaya Melayu yang pastinya berbeza dengan budaya kaum-kaum lain di Malaysia. Melalui kajian keperluan pelanggan yang dilakukan secara dalam talian, kajian ini mendapati bahawa lebih daripada 75.0% responden dari 17 buah negara memberikan maklum balas bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu, namun semua responden menyatakan ingin mempelajari budaya Melayu. Sejumlah 85.% responden pula memberikan maklum balas bahawa mereka sukar untuk mendapatkan bahan pembelajaran dalam talian, khususnya dalam bentuk video yang boleh dirujuk. Susulan daripada itu, kajian ini bertujuan membangunkan kit video pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing dengan mengambil kira keperluan pengajaran bahasa dan budaya Melayu dalam satu pakej yang sama. Sebanyak 11 tema utama dipilih untuk membangunkan kit video ini dan telah diperkenalkan kepada pelajar asing yang mengikuti kursus bahasa Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM dan di Foreign Language Centre, FCU Taiwan. Tahap awal kajian ini mendapati bahawa pelajar asing memberikan maklum balas yang positif terhadap kit video yang dibangunkan. Kata kunci: Bahasa Melayu; penutur asing; kit video; budaya; pengajaran dan pembelajaran ABSTRACTThe flooding of foreign workforce as reported by the Malaysian Immigration Department and the aim of Ministry of Education Malaysia to make Malaysia an educational hub by the year 2020 are opportunities to spread and develop Malay language among foreign speakers. However, in the excitement of welcoming these foreign citizens, a plan towards Malay culture, especially for foreign speakers need to be given serious attention by all related parties. They do not only need to learn the Malay language, but they also need to learn the Malay culture, which obviously would be different compared to other cultures in Malaysia. Through an online customer needs survey, it was found that more than 75.0% of respondents from 17 countries were not interested in learning Malay language, however all respondents stated that they are interested in learning about the Malay culture. A total of 85.0% respondents stated that it was challenging to gain access to online learning materials, especially in the
The Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) which emphasizes more on science and technology and the need to master the area in English seem to impact on the formation of identity of the Malay language. Thus, this study aims to identify and analyze the identity of Malay language among Gen Z, the generation born and grew up in this era. In this respect, appreciation and practice of the Malay language which are the components of identity were also investigated, particularly from the socio-cognitive perspective. Data were obtained from 660 respondents from a survey using Google forms. The respondents consisted of Gen Z throughout Malaysia who received invitations based on set criteria, covering urban, suburban and rural clusters. Research instruments developed specifically for this study have a high level of validity and reliability, namely α = .75 to α = .91. Data were analyzed descriptively and inferentially using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 25.0 software. This study utilizes Sociocognitive Theory and Socio-cognitive approach to describe the relationship between Sociocognitive elements with the identity of Malay language among Gen Z. In general, the study concluded that 50.0% of Gen Z are in the early phase of fading language identity. The study also notes that 62.1% of Gen Z have negative attitude towards the Malay language, 73.0% have negative perceptions of the Malay language and 40.0% have the low practice level of Malay language. However, the study found that 83.4% of Gen Z have high appreciation of the Malay language. In order to ensure the identity of Malay language among Gen Z can be maintained, the study suggested that the stakeholders in policy-making can make the subject of the Malay language as a compulsory elective course in all higher education institutions, both public or private, as a requirement for graduation.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.