Kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi amat dititikberatkan oleh masyarakat di Malaysia khususnya orang Melayu. Amalan kesantunan berbahasa adalah perkara asas dalam sesebuah komunikasi yang menggambarkan aturan sosial dalam sesebuah masyarakat dan menjadi prasyarat bagi kerjasama dalam sesebuah komunikasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kesantunan berbahasa yang diamalkan oleh pelajar UUM dalam konteks komunikasi formal dan tidak formal, membandingkan elemen kesantunan berbahasa yang diamalkan oleh pelajar mengikut jantina dan membincangkan kesan terhadap amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi kepada pelajar. Sebanyak 1251 orang responden dipilih dan ditemu bual menggunakan borang soal selidik berstruktur yang dibina berdasarkan konteks formal dan tidak formal. Kajian ini mengaplikasikan teori kesantunan Brown dan Levinson (1987) sebagai landasan dalam membincangkan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati, sebanyak 93.2 peratus (1166) orang pelajar UUM mengamalkan kesantunan berbahasa dalam konteks formal dan selebihnya sebanyak 6.8 peratus (85) orang responden sahaja yang kurang menitikberatkan elemen kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi dalam konteks formal. Dari segi jantina pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan kesantunan berbahasa antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu t(1249) = 3.652, p < .05. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi berbanding dengan pelajar lelaki. Selain itu, amalan kesantunan berbahasa dalam komunikasi pelajar telah memberikan kesan yang positif kepada pelajar khususnya di UUM. Amalan kesantunan berbahasa perlu dilestarikan oleh setiap individu kerana amalan ini bukan sahaja dituntut dalam beragama malah ianya dapat menggambarkan nilai budi leluhur sesuatu bangsa dalam konteks di Malaysia. Kata kunci: Kesantunan berbahasa, komunikasi formal, komunikasi tidak formal, pelajar universiti, bangsa.
Muzik dangdut adalah merupakan salah satu irama yang semakin diminati dan mendapat sambutan hangat dalam dunia hiburan tempatan. Muzik dangdut juga dilihat popular dan disenangi pelbagai golongan masyarakat termasuk kanak-kanak yang mendengarnya. Ketika ini fenomena muzik dangdut semakin diminati dan dapat dilihat dengan jumlah tontonan video yang tinggi terhadap eksistensi lagu-lagu dangdut di laman Youtube. Sebuah lagu berirama dangdut di Malaysia yang menarik perhatian untuk diselidiki adalah lagu berjudul ‘Goyang Upin & Ipin’ (2020). Video muzik animasi yang dimuat naik oleh Syarikat Les' Copaque Production tersebut telah mencatat lebih 1.4 juta tontonan hanya selama 24 jam dan 3.4 juta tontotan selepas 2 hari dimuat naik ke YouTube. Namun begitu, wujud stigma dan pelbagai kritikan ditimbulkan oleh masyarakat yang kurang senang dengan pemilihan irama muzik serta aksi-aksi yang dipaparkan dalam video muzik tersebut. Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa aksi ‘gelek’ kesan tindak balas latar muzik dangdut yang dimainkan boleh memberikan kesan negatif kepada minda kanak-kanak. Justeru itu, kajian ini dijalankan dengan kaedah kualitatif dengan penjelasan bersifat naratif terhadap kandungan lagu dalam konteks muzikal bagi menganalisis aspek muzikal lagu dangdut ‘Goyang Upin & Ipin’ secara autentik. Hasil analisis menunjukkan kesan ekspresi muzik dangdut tersebut cenderung mewujudkan rasa gembira dan memberi kesan ekspresi positif terhadap psikologi pendengar.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.