ABSTRAK:Iklim sekolah dan stres guru dalam kalangan guru amat penting dalam memastikan kelancaran perjalanan organisasi di sekolah. Namun begitu iklim sekolah yang berada pada kedudukan yang membimbangkan yang seterusnya akan mempengaruhi stres guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti min tahap iklim sekolah dan stres guru dalam kalangan guru di sekolah. Secara khususnya kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap iklim sekolah, tahap stres guru di samping meneliti perbezaan min stres guru berdasarkan faktor demografi iaitu jantina. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Dalam kajian ini, iklim sekolah diukur dengan menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Pashiardis (2000) yang mengandungi empat (4) dimensi, iaitu komunikasi (9 item), kerjasama (7 item), pentadbiran & organisasi (8 item) serta murid (6 item) dengan menggunakan skala Likert 5 point dengan skor skala 1 untuk sangat tidak setuju hingga skor 5 untuk sangat setuju. Manakala konsep stres diukur dengan menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Conley (2000) yang mengandungi 5 item dengan menggunakan 5 skala Likert dengan skor 1 untuk tidak pernah hingga 5 untuk selalu. Seramai 105 ( L= 17, P = 88) sampel yang terdiri dari guru-guru sekolah menengah di daerah Kuala Nerus terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan statistik min, Ujian-t bebas dan kolerasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min stres guru berdasarkan faktor jantina guru. Bagaimanapun dapatan menunjukkan terdapat hubungan negatif di antara iklim sekolah dan stres guru berdasarkan iklim sekolah. Kesimpulannya kajian ini menghasilkan satu kerangka teori yang signifikan bagi menunjukkan bahawa iklim sekolah mempengaruhi stres guru sekolah menengah. KATA KUNCI: Iklim Sekolah, Stres PENDAHULUANIklim sekolah adalah satu elemen penting dalam sesebuah organisasi sekolah. Iklim sekolah yang harmoni akan menjadikan semua warga sekolah iaitu pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar merasa selamat, berkeyakinan dan bermotivasi positif serta tidak terasa terancam untuk hadir bekerja, mengajar dan belajar di sekolah.
ABSTRAK:Keperluan untuk mewujudkan iklim sekolah yang positif semakin mendapat perhatian serius daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sehinggalah kepada pengetua sekolah. Iklim sekolah yang positif akan melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan memartabatkan sistem pendidikan di negara kita. Hubungan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru adalah positif (Muhammad Arifin, 2015). Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kepuasan kerja guru dan tahap iklim di sekolah menengah di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Di samping itu, kajian ini berhasrat untuk mendapatkan hubungan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah tersebut. Seterusnya, kajian ini juga adalah untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan yang signifikan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru bagi sekolah berlainan gred. Data yang diperoleh melalui kaedah soal selidik ke atas 105 orang guru akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi program Statistical Package For The Social Science (SPSS) 21.0 Window 7. Dapatan kajian menunjukkan tahap iklim sekolah dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah Kuala Nerus adalah sederhana. Di samping itu, terdapatnya perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan kerja guru di kedua-dua kategori sekolah tersebut iaitu sekolah menengah gred A menunjukkan tahap kepuasan guru lebih rendah dan di sekolah menengah gred B menunjukkan tahap kepuasan guru lebih tinggi. Sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi iklim sekolah di keduadua kategori sekolah tersebut, walau bagaimanapun dapatan kajian menunjukkan tahap iklim di sekolah menengah gred A adalah lebih rendah berbanding sekolah menengah gred B. Seterusnya kajian ini juga menunjukkan terdapatnya hubungan signifikan positif yang kuat di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru. Bagi domain kepuasan kerja guru pula, domain tanggungjawab menunjukkan min tertinggi, manakala domain keselamatan menujukkan min terendah. Akhir sekali, implikasi dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bidang utama, iaitu bidang ilmu, teoritikal dan juga praktikal.KATA KUNCI : Iklim sekolah, Kepuasan kerja guru, Sekolah menengah gred A dan sekolah menengah gred B. PENGENALANIklim sekolah ialah suasana atau keadaan sesebuah sekolah. Iklim sekolah yang positif berlaku apabila hubungan antara guru dengan guru dan juga hubungan pengetua dengan guru adalah mesra, prihatin dan saling tolong menolong. Iklim sekolah yang positif akan menyebabkan guru-guru seronok untuk berkerja. Seterusnya memberikan kepuasan kerja kepada guru-guru. Kepuasan kerja guru akan meningkat apabila keperluan dan kebajikan mereka dijaga.Hasilnya dapat dinilai ketika keputusan peperiksaan diumumkan. Sekolah yang beriklim positif akan memperolehi keputusan yang lebih cemerlang berbanding sekolah beriklim negatif. Ini menunjukkan kepentingan konsep iklim sekolah yang positif diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.