Kelestarian kesejahteraan psikologi masyarakat merupakan wacana penting pasca pandemik Covid-19. Impak pandemik ini menyebabkan indeks kesejahteraan psikologi Malaysia berada pada tahap sederhana dengan skor keseluruhan 7.2. Sehubungan dengan itu, inisiatif bagi mengawal kelestarian kesejahteraan psikologi giat diusahakan pelbagai pihak. Kualiti emosi, kepuasan hidup, kefungsian psikologi dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran merupakan sebahagian indikator utama tahap kesejahteraan psikologi. Justeru, kajian ini mengemukakan analisis perspektif hadis terhadap praktik al-tafakkur generasi salaf dalam memelihara kelestarian kesejahteraan psikologi. Kajian berbentuk aplikasi teori ini, digarap berasaskan metode kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati praktik al-tafakkur oleh generasi salaf seperti Ibn ‘Abbās, Abū Dardā’, Sufyān al-Thawrī dan Abū Sulaymān al-Dārānī RA mengandungi teladan terbaik dalam memelihara kesejahteraan psikologi. Kesimpulannya, adunan kombinasi praktik al-tafakkur generasi salaf sesuai digunakan sebagai mekanisme komplementari kawalan kesejahteraan psikologi masyarakat.
Isu penasaban anak tak saf taraf sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Permasalahan ini juga telah mewujudkan konflik antara institusi-institusi agama di Malaysia terutama institusi fatwa dalam menentukan status anak tak sah taraf tersebut. Secara umumnya, dalam menentukan status anak tak sah taraf tersebut, institusi-institusi fatwa terbahagi kepada dua kelompok, iaitu kelompok yang membolehkan anak tersebut dibinkan dengan bapa biologinya, manakala kelompok yang kedua melarang tindakan tersebut. Faktor kepada khilaf ini adalah disebabkan kefahaman mereka yang berbeza terhadap sebuah hadith Rasulullah SAW iaitu al-walad li al-firāsh wa li al-‘āhir al-ḥajar. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepelbagaian pemahaman terhadap teks hadith tersebut serta meneliti pengaruhnya terhadap fatwa anak tak sah taraf di Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan metode kualitatif melalui kajian perpustakaan untuk mendapatkan data kajian. Hasil kajian mendapati, wujud perbezaan antara para ulama dalam mentafsirkan teks hadith tersebut iaitu: [1] Mentafsirkan berdasarkan zahir teks hadith. [2] Mentafsirkan berdasarkan maqasid daripada teks hadith. Perbezaan tafsiran ini telah mempengaruhi institusi-institusi fatwa di Malaysia dalam mengeluarkan fatwa berkaitan status penasaban anak tak sah taraf. ABSTRACT Al-walad li al-firāsh wa li al-‘āhir al-ḥajar as a hadith, is the main reference for the conviction of child lineage in Islam. This hadith is the important proposition for Islamic scholars to conclude a hukm regarding child’s lineage status. Likewise, it is also being the main foundation for the fatwa institutions in Malaysia to determine fatwa on illegitimate children. However, khilāf (difference in opinion) about illegitimate children is inevitable, and factorised by different understanding upon the hadith of Rasulullah PBUH, specifically on al-walad li al-firāsh wa li al-‘āhir al-ḥajar. Therefore, the purpose of this study is to analyse the variation of understanding to the hadith and to observe its effect to the fatwa of illegitimate children inheritance in Malaysia. This study applied qualitative method by literature review in order to get the research data. This study found two dissensions among Muslim scholars in interpreting the text of hadith, and the interpretations are based on [1] literal meaning of hadith, and [2] maqāṣid (purpose) of the hadith. These interpretations caused the difference of stand between fatwa institutions in Malaysia in issuing fatwa relating to illegitimate children’s inheritance status, either enable the children to be lineage with their biological father or vice versa.
Revolusi Industri 4.0 berkait rapat dengan kemajuan teknologi digital, Internet atau siber. Fenomena ini memerlukan tindakan pantas daripada semua pihak dan sejajar dengan perkembangan pesat produk teknologi dan sistem automasi yang lebih pintar. Untuk mengatasi hal ini, bidang hadis nabawi juga dikembangkan melalui pembangunan laman sesawang, perisian, buku digital, dan aplikasi ICT yang berkaitan dengan hadis. Media ini terus dikembangkan dan ditingkatkan seiring dengan kemajuan teknologi. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetengahkan trend dan tema penyelidikan hadis yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan digital. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan secara kualitatif. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah carian berdasarkan kata kunci dalam pangkalan-pangkalan data di Internet. Analisis kandungan secara deskriptif diaplikasikan untuk mengenal pasti trend dan tema kajian hadis berasaskan teknologi maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa trend penyelidikan hadis berkaitan dengan teknologi maklumat dan digital tertumpu pada enam aspek; bahan rujukan hadis dalam bentuk ebook dan PDF, aplikasi dan perisian, laman sesawang, sistem pengajian hadis berasaskan e-learning, makmal ICT bagi pengajian hadis, dan penyebaran hadis di media sosial. Kesimpulannya, kajian bidang hadis berdasarkan teknologi maklumat dan digital perlu dikembangkan lebih jauh agar mampu memberikan impak besar kepada kesarjanaan hadis dan mekanisme penyebaran ilmu yang berkualiti dan berkesan.
The propagation of bogus hadiths within the Muslim community can no longer be ignored due to the advancement of modern technology. The Internet and social media give a platform for the unfettered transmission of any material, including weak and fake hadiths. The purpose of this study is to present a new narrative on fake hadiths and describe the varieties of “contemporary fake hadiths” that are prevalent in the community. All relevant documentary and video information is studied using inductive, deductive, and descriptive methods in order to provide a foundation for a discussion of modern fake hadith along with pertinent examples. According to the findings of the study, a modern fake hadith is a statement that claims to be related to the Prophet Muhammad SAW, whether the statement has a basis of evidence but is misunderstood or does not have a basis of evidence but is associated with the Prophet SAW. The types of modern fake hadith are: [1] testimony and claims of meeting the Prophet accompanied by an alibi. [2] Testimony and assertions from the hadith, but based on a misunderstanding of the hadith’s or text’s content, and, [3] False evidence and assertions that are based directly on the Prophet SAW or not, and are not of the type of false hadith that have been recorded in existing fake hadith publications. In conclusion, the dissemination of erroneous hadith within the community today is not confined to what has been reported in al-Da‘ifat wa al-Mawdu‘at. There are still hadiths and modern fake rumours that continue to expose society to diverse comments and claims attributed to the Prophet SAW for a variety of purposes.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.