The creation of Malay drama is getting a place in the hearts of the people, and almost everybody is watching the drama from childhood until the elderly. Various genres and works are presented to the public until they are mesmerized and play with their emotions. In this regard, this article analyses the scene in the Malay drama that presents the issue of building a magnificent and beautiful Mosque. This issue is rarely discussed by the scholar, while there is a specific hadith that deals with the ban on the construction of a decorated mosque with the purpose of riya’ (insincerity and pretentiousness). By applying the qualitative method, this article reviews on the hadiths used as a supporting argument in the Malay drama. The description includes an analysis of the status of the hadith and the debate of Islamic scholars. The study found that the medium of drama performance was recognised because of its ability to contribute good messages to the Muslim community. In addition, three hadiths representing the discussion are authentic. ABSTRAK Pembikinan drama Melayu semakin mendapat tempat di hati masyarakat, bahkan hampir semua golongan menonton drama bermula dari kanak-kanak sehingga warga emas. Pelbagai genre dan karya dipersembahkan dan dipertontonkan kepada masyarakat sehingga terpukau lalu bermain dengan emosi mereka. Sehubungan dengan itu, artikel ini menganalisis babak dalam drama Melayu yang mempersembahkan isu pembinaan masjid yang megah dan cantik. Isu ini agak jarang dibincangkan oleh sarjana, sedangkan terdapat hadis khusus yang membicarakan berkaitan larangan pembinaan masjid berhias dengan tujuan riyak. Dengan menggunakan metode kualitatif, artikel ini menganalisis hadis yang digunakan sebagai hujah penyokong dalam drama Melayu. Huraiannya merangkumi analisis status hadis serta perbahasan pandangan sarjana Islam. Kajian mendapati keberkesanan medium drama diiktiraf kerana kemampuannya dalam menyumbang mesej yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat Islam. Selain itu, tiga buah hadis yang menjadi perbincangan adalah berstatus sahih.
Dalam sejarah Islam perbahasan tentang hadis palsu (mawḍū‘) telah berlangsung sejak dari timbulnya pemalsu-pemalsu hadis. Usaha untuk menjaga hadis Rasulullah SAW telah dilakukan oleh para ulama sepanjang zaman sehingga kini. Namun persoalan tentang hadis palsu tetap menjadi polemik apabila masih didapati riwayat-riwayat sintetik tersebar dalam masyarakat melalui penerbitan buku-buku, informasi dari media sosial melalui penulisan sebahagian penulis yang masih menggunakan dalil-dalil tanpa dinyatakan sumber dan hukum hadis tersebut. Situasi ini menyumbang kepada penyebaran hadis palsu dalam masyarakat. Kajian ini adalah kajian kualitatif melalui pengumpulan data daripada kitab-kitab hadis dan artikel jurnal yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan meskipun penyebaran hadis palsu dilihat terkawal dalam penerbitan, namun ia tetap berpotensi mengelirukan masyarakat dan mencalarkan kesucian hadis. Ketika media sosial mutakhir ini menjadi medium penting sebaran maklumat, kebanyakan masyarakat lebih cenderung mendapatkan informasi sekali gus mudah untuk menyebarkannya. Implikasinya masyarakat tidak mengambil cakna berkaitan status sesuatu hadis sehingga amalan-amalan yang tiada sandaran daripada Rasulullah SAW semakin berleluasa. Walhal, Islam amat menitikberatkan penggunaan dalil-dalil yang sahih agar suatu penyampaian benar kepada pendengar. Rujukan, semakan dan penggunaan sesuatu ungkapan yang disandarkan kepada hadis dalam penerbitan di Malaysia perlu diteliti serta dipastikan sumbernya bagi menjamin keabsahan maklumat. Usaha untuk memastikan sifar hadis palsu dalam masyarakat tidak hanya tertumpu kepada medium penerbitan dan media sosial sahaja, tetapi ia merangkumi penyebaran maklumat tentang bahaya hadis palsu kepada masyarakat agar maklumat yang sampai kepada mereka adalah sebuah kebenaran yang pasti. Usaha ini dapat memelihara masyarakat Islam daripada termasuk dalam golongan yang diancam dengan balasan azab neraka kelak.
Underage marriage in modern-day society has gained the attention of many parties and has made an impact on the sociology of the Malaysian society. Marriages involving minors can be linked to numerous issues of child abuse and paedophilia. Some people worry that these children are being exploited by adults for certain reasons. As a result, there have been vicious accusations against the Prophet over the issue of paedophilia through His marriage with ‘Ā’isha RA. Therefore, this article will vindicate such accusations through the Prophet's hadith regarding marriage. Through a qualitative research methodology, anti-paedophilia elements are revealed to have been taught by the Prophet from His marriage with ‘Ā’isha RA. Therefore, to eradicate public misunderstanding on the issue of paedophilia that has been associated with the Prophet’s name, leaders and scholars are tasked with the responsibility of discussing the ideal age limit for a marriage to be deemed appropriate in Malaysia. ABSTRAK: Perkahwinan bawah umur mutakhir ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak sehingga memberikan impak dalam sosiobudaya masyarakat Malaysia. Hal ini kerana perkahwinan bawah umur dapat dikaitkan dengan isu penganiayaan terhadap kanak-kanak dan pedofilia. Sebahagian pihak merasa bimbang jika kanak-kanak ini dieksploitasi oleh golongan dewasa bagi sesuatu kepentingan. Isunya, terdapat tuduhan jahat terhadap Rasulullah SAW berhubung isu pedofilia menerusi perkahwinan Baginda SAW dengan ‘Ā’isha RA. Justeru, artikel ini menganalisis tuduhan tersebut berdasarkan hadis-hadis berkaitan perkahwinan Nabi SAW. Dengan menggunakan metode kualitatif artikel ini mendapati bahawa terdapat elemen anti pedofilia yang diajarkan oleh Rasulullah SAW melalui perkahwinan Baginda SAW bersama ‘Ā’isha RA. Oleh itu, bagi menghapuskan salah faham masyarakat terhadap isu pedofilia menjadi tanggungjawab pemimpin dan sarjana untuk membincangkan status had umur yang ideal ditetapkan di Malaysia.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.