ABSTRAKKajian ini meneliti sejauh manakah penggunaan dan corak kesantunan bahasa Jepun yang digunakan oleh pemandu pelancong berbahasa Jepun semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan di sekitar destinasi pelancongan di Malaysia. Pertembungan budaya dalam sesi lawatan pemanduan ini mempengaruhi cara berkomunikasi kedua belah pihak dalam usaha mewujudkan komunikasi yang berkesan dan bersesuaian. Persoalannya adakah pemandu pelancong Malaysia berbahasa Jepun yang merupakan penutur bukan natif bahasa Jepun berjaya menjalankan peranannya menggunakan bahasa Jepun sebagai medium komunikasi dan menepati piawaian penggunaan bahasa tersebut berdasarkan budaya Jepun? Data diperoleh melalui kaedah pemerhatian sistematik rakaman audio visual dan pemerhatian semasa interaksi pemandu pelancong dengan pelancong Jepun dalam lima set sesi lawatan di sekitar destinasi pelancongan Bandar Melaka. Rakaman audio sesi lawatan pemandu pelancong ditranskripsikan secara verbatim, manakala rakaman visual dan pemerhatian digunakan sebagai refleksi terhadap konteks interaksi yang tidak dapat dirakam melalui rakaman audio dan visual. Dapatan kajian mendapati kebanyakan bentuk kesantunan bahasa Jepun yang digunakan hanyalah pada tahap Teeneego (bentuk sopan). Malah ada sesetengah pemandu pelancong menggunakan bentuk biasa (Plain Form) pada perkataan kata kerja dan pemilihan kosa kata dari kumpulan kata yang tidak selari dengan aspek kesantunan semasa bertutur dengan para pelancong Jepun. Hal ini adalah bercanggahan dengan konsep yang sepatutnya diamalkan dalam perkhidmatan masyarakat Jepun, iaitu penggunaan kesantunan dalam konteks perhubungan profesional. Namun data analisis menunjukkan ketidaksantunan ini tidak menjejaskan kelancaran komunikasi dan mesej yang ingin disampaikan mencapai sasaran di sepanjang sesi lawatan pelancongan. Penyelidikan ini diharapkan akan menjadi rujukan kepada tenaga pengajar bahasa Jepun dalam mencari teknik yang bertepatan untuk merencanakan rancangan pembelajaran, khususnya pembelajaran bahasa Jepun untuk pelancongan.Kata Kunci: Pelancongan Malaysia; komunikasi silang budaya; kesantunan bahasa Jepun; pemandu pelancong; pelancong Jepun
Manga (komik Jepun) dan anime (animasi Jepun) bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia. Anime kerapkali ditonton oleh kanak-kanak dan remaja Malaysia tanpa mengira kaum. Kreativiti lakaran dan plot yang menarik membuatkan peminat tidak sabar menonton anime pada episod seterusnya. Belum ada kajian yang dijalankan terhadap penggunaan manga dan anime dalam kalangan pelajar Universiti serta sejauh mana pengaruh budaya popular Jepun ini mempengaruhi kehidupan pelajar. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan manga dan anime dalam kalangan pelajar di dua buah Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM) serta mengkaji sejauh manakah manga dan anime mempengaruhi kehidupan mereka seharian. Responden terdiri daripada 86 orang pelajar yang mengambil kursus Bahasa Jepun (BJ) di UPM dan UM yang meminati manga atau anime. Data diperoleh daripada kaji selidik berjumlah empat mukasurat yang terdiri daripada soalan dengan jawapan pilihan serta soalan berbentuk subjektif. Dapatan menunjukkan responden perempuan lebih menggemari manga dan anime seinen (remaja lelaki) manakala responden lelaki lebih cenderung kepada manga dan anime shojo (remaja perempuan). Genre fantasi paling diminati responden diikuti humor, misteri, percintaan, seram dan erotisisme. 36% responden berpendapat manga dan anime mengubah kehidupan mereka dan 79% berpendapat bahawa manga dan anime membantu mereka meningkatkan kemahiran bahasa Jepun. Dalam aktiviti penulisan dialog dan perbualan, pelajar yang menggemari manga dan anime mendapat markah penilaian yang lebih tinggi kerana pemilihan kosa kata dan frasa atau ayat dalam manga dan anime bersesuaian dengan situasi perbualan. Dapatan kajian menunjukkan signifikan manga dan anime dalam kehidupan pelajar bahasa Jepun.
ABSTRAKMakalah ini membincangkan tentang penggunaan ketidaksantunan bahasa sebagai strategi pujukan emosi dalam iklan bercetak. Sebanyak 21 buah iklan bercetak berbahasa Sepanyol yang diambil daripada majalah, surat khabar dan juga internet telah dikaji dan dianalisis mengikut Model Ketidaksantunan (Culpeper, 1996). Hasil kajian mendapati dalam dunia pengiklanan moden, pengiklan tidak lagi bergantung kepada strategi kesantunan bahasa dalam merekacipta sesebuah iklan bagi tujuan menarik perhatian pembeli sasaran. Sebaliknya, strategi ketidaksantunan bahasa yang secara jelas boleh mengancam air muka seseorang juga diguna pakai secara meluas dalam iklan berbahasa Sepanyol. Hasil kajian mendapati strategi ketidaksantunan bahasa dalam iklan boleh menjadi daya penarik untuk mempengaruhi pelanggan sasaran dan menjadi pendorong bagi mencetuskan minat masyarakat untuk membeli barangan yang diiklankan. Strategi ketidaksantunan bahasa yang dapat dikenalpasti dalam iklan komersial adalah seperti menakut-nakutkan pembeli, mengugut secara langsung atau tidak langsung, menyindir serta memasukkan ujaran asertif berunsur negatif. Manakala bagi iklan sosial pula elemen ketidaksantunan yang dapat dikesan, antara lain adalah seperti penggunaan kata ganti nama yang tidak sesuai dan juga sindiran secara langsung.Katakunci: ketidaksantunan; iklan bercetak; pujukan emosi; gaya bahasa; bahasa Sepanyol Impoliteness as an Emotional Persuasion in Spanish Advertisements ABSTRACTThis article discusses the use of the impoliteness as emotional persuasion strategies in printed advertisements. A total of 20 printed adverts in Spanish were taken from magazines, newspapers and the internet. They were analyzed according to the Model of Impoliteness (Culpeper, 1996). The findings revealed that in the world of modern advertising, advertisers
Cartoons have been a favorite among children, teenagers and adults. Cartoons began with paper drawing and have evolved to the highest technology of dissemination in the form of movies; apart from that, cartoons have become a teaching tool for second language learners. The objectives of the study were to identify and discuss the characters, storyline and moral values in a Malay cartoon. The cartoon used in this study was Upin and Ipin. The samples consist of ten subjects from a Malay language proficiency class at one of the universities in Korea. The subjects viewed 8 episodes of Upin and Ipin for 1 hour a week for a total of 8 weeks. The subjects were interviewed based on their views about the cartoon. The results of the study revealed that the subjects managed to identify all of the characters in the cartoon. The subjects also understood the storylines in six episodes of the cartoon. Moreover, the results revealed that the moral values for each episode involved respect, hardworking, caring, loving and others. This study implicates educators to consider cartoons as a teaching tool in foreign language learning. It is hoped that a future study will focus on cartoons when learning to write short stories among Malay language learners.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.