Transformasi Pendidikan Vokasional merupakan satu usaha memperkasa sistem pendidikan vokasional yang mampu menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Dalam usaha merealisasikan Transformasi Pendidikan Vokasional ini, proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan hendaklah lebih menarik dan mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari bidang atau kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional ataupun di Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Bersesuaian dengan perubahan era ICT, Peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) pada masa ini dianggap amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui proses pengajaran dan P&P dalam PTV. Abstrak: Kajian ini dijalankan bagi mereka bentuk dan membangunkan bahan e-Pembelajaran bagi topik konkrit berpandukan Model Needham Lima Fasa. Objektif kajian ini adalah menguji kebolehgunaan produk epembelajaran dari aspek reka bentuk, kebolehfungsian dan kesesuaian isi pelajaran. Kajian ini berbentuk kuasi eksperiman dan sampel terdiri daripada 60 orang pelajar yang mengambil jurusan Teknologi Pembinaan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. Kaedah analisis deskriptif telah digunakan. Hasil dapatan kajian mendapati skor min bagi aspek reka bentuk, kebolehfungsian dan kesesuaian isi pelajaran adalah tinggi. Ini membuktikan bahawa reka bentuk e-Pembelajaran berasaskan Model Needham Lima Fasa dapat membantu pelajar memahami dengan lebih sistematik. Hasil kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada penyelidik lain dalam mereka bentuk dan membangunkan produk berasaskan e-Pembelajaran yang lebih teratur.
Selaras dengan perkembangan bidang teknologi maklumat dan multimedia, pelbagai inisiatif yang diimplimentasikan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran ketika ini. Pengaturcaraan adalah suatu kaedah memberi arahan atau perintah kepada komputer untuk menjalankan sesuatu tugas dan kaedah pemberian arahan atau perintah pada asasnya adalah dalam bentuk kod binari. Kajian ini bertujuan merekabentuk dan membangunkan produk koswer bagi topik Pengaturcaraan Komputer. Model reka bentuk pembangunan produk ini adalah berdasarkan ADDIE dimana lima (5) fasa terlibat iaitu (i) fasa analisis; (2) fasa reka bentuk; (iii) fasa pembangunan; (iv) fasa perlaksanaan; dan (v) fasa penilaian. Populasi kajian ini adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) yang mengambil topik Pengaturcaraan Komputer. Tujuan koswer ini dibangunkan adalah untuk memberi pendedahan awal tentang ilmu programming kepada pelajar baru dan juga dapat memahami dengan lebih mendalam berkenaan topik pengaturcaraan komputer seperti function dan array. Diharapkan agar koswer bagi topik pengaturcaraan ini dapat digunakan dan dipraktikan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Malaysia dijangka akan berkembang 2.4% setahun kepada 3.2 juta pekerja, iaitu peningkatan sebanyak 1.4 juta peluang Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap efikasi kendiri, kemahiran employabiliti pelajar kolej vokasional dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang melibatkan 106 orang pelajar tahun tiga di kolej vokasional. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Dapatan kajian mendapati efikasi kendiri pelajar adalah tinggi manakala kemahiran employabiliti pula pada kadar sederhana. Statistik inferensi dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dan kemahiran employabiliti degan pemilihan kerjaya pelajar. Hasil analisis mencatatkan efikasi kendiri dan kemahiran employabiliti terdapat hubungan yang positif dan kuat antara efikasi kendiri dan kemahiran employabiliti dengan pemilihan kerjaya pelajar. Kesimpulannya, tahap efikasi kendiri pelajar kolej vokasional adalah tinggi dan ini wajar dikekalkan manakala kemahiran employabiliti mereka pula perlu ditingkatkan dengan penerapan yang lebih berkesan dan membuktikan bahawa efikasi kendiri dan kemahiran employabiliti pelajar mempengaruhi mereka untuk lebih cenderung memilih kerjaya dalam bidang yang sama dengan kursus yang sedang diikuti.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.