Makalah ini membincangkan kesedaran kebangsaan golongan rakyat di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua khususnya dengan kemunculan PKMM. Mereka menjadi satu gerakan yang dinamik dan tidak tertakluk kepada kerangka politik Melayu tradisional. PKMM dianggap sebagai golongan radikal dalam politik Tanah Melayu. Dengan menggunakan kaedah perpustakaan maklumat berkenaan gerakan kiri dan faktor yang mempengaruhi gerakan kesedaran ini dicerap dari dokumen, buku, akhbar, majalah serta artikel yang berkaitan. Sumber-sumber ini dianalisis untuk menghasilkan artikel ini. Hasil kajian memperlihatkan golongan nasionalis kiri Melayu berjuang untuk membela nasib masyarakat Melayu yang semakin jauh ketinggalan berbanding golongan imigran dan secara terbuka menuntut kemerdekaan. Kesedaran golongan ini banyak dipengaruhi oleh semangat yang dicetuskan oleh negara luar seperti India, Timur Tengah dan juga Indonesia di samping peranan akhbar. Secara ringkasnya pengaruh luar melahirkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu bahawa rakyat mempunyai kuasa dalam sistem pemerintahan di tanah air sendiri.
Mukim Slim adalah sebahagian daripada daerah Muallim yang terletak di selatan Perak. Ia merupakan destinasi yang ideal untuk dibangunkan sebagai tapak pelancongan bersejarah. Mukim Slim mempunyai berbagai lokasi bersejarah yang usianya menjangkau ribuan tahun, daripada pra sejarah sehinggalah kepada zaman penjajahan British. Kajian ini dijalankan berasaskan kepada kaedah kualitatif. Sumber primer dan sekunder diteliti daripada koleksi institusi seperti Arkib Negara Malaysia dan Muzium Perak. Selain itu, sumber primer juga diperolehi daripada laman sesawang. Hasil kajian mendapati, mukim Slim merupakan pusat kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum abad ke-19. Semasa Perang Dunia Kedua, mukim Slim adalah lokasi pertempuran terpenting di antara pihak British dan Jepun kerana "Perang Slim River" yang menentukan siapakah yang akan memenangi perang tersebut berlaku di sini. Jelasnya, latar belakang sejarah dan peristiwa yang berlaku di mukim Slim menyebabkan ia mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai tapak pelancongan bersejarah di Perak. Namun begitu, kajian ini juga mendapati pelancongan bersejarah masih belum diberikan perhatian sepenuhnya di mukim Slim. Sehubungan itu, kerjasama bersepadu di antara semua pihak adalah perlu bagi menyemarakkan sektor pelancongan bersejarah di mukim Slim. Ia penting kerana pemerkasaan aktiviti pelancongan bersejarah akan membantu meningkatkan ekonomi setempat dan mempelbagaikan destinasi pelancongan di Perak sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan negeri tersebut.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.