Kajian ini membincangkan aspek penggunaan sintaksis nahu Arab yang terdapat di dalam sistem nahu bahasa Arab dan bentuk kesilapan penggunaannya di dalam penulisan pelajar bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Responden kajian terdiri daripada lepasan sekolah dan ma’ahad agama seluruh negara. Umum mengetahui bahawa bahasa Arab tidak asing kepada para pelajar ini yang terdiri daripada kalangan pelajar pengajian agama dan mereka telah lama mengikuti pembelajaran bahasa ini secara formal bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat menengah sebelum memasuki pusat-pusat pengajian tinggi negara. Namun masih banyak kesilapan yang mereka lakukan sewaktu menggunakan bahasa ini khususnya ketika menerapkan aspek sistem sintaksis bahasa Arab yang betul dalam penulisan. Teori Analisis Kesilapan oleh S.P. Corder yang memperkenalkan empat dimensi klasifikasi kesilapan pelajar sewaktu mempelajari bahasa diterapkan ketika penulis menjalankan kajian ini. Data kajian dikumpulkan melalui ujian bertulis yang diadakan terhadap sekumpulan 25 pelajar yang baharu mendaftar di universiti ini. Dapatan kajian ini membuktikan wujud kecenderungan pelajar untuk melakukan kesilapan dalam aspek ortografi, leksikon, nahu dan struktur ayat. Namun kesilapan yang paling ketara dan banyak dilakukan oleh pelajar adalah dari aspek penggunaan nahu. Malah dapatan kajian juga menunjukkan pelajar berulang kali melakukan bentuk kesalahan yang sama dan kekerapan kesalahan ini menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah kemampuan linguistik (linguistic competence) dalam bahasa sasaran yang sedang mereka pelajari. Hal ini sekaligus membabitkan implikasi pedagogi yang perlu melihat keadah pemulihan (remedial) yang berkesan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan tersebut. This study discusses the use of Arabic syntax in the Arabic language system and the types of errors found in the writings of students taking Arabic at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Participants of the study were students from religious schools and institutions nationwide. It is generally known that these students whose educational background include graduating from religious schools are accustomed to Arabic, and they have long practiced the formal Arabic language learning since elementary to high schools before entering higher institutions. However, the students still make errors when using the language especially when implementing the correct Arabic syntax in their writings. Therefore, to conduct this study, S.P Corder’s Theory of Error Analysis which introduces the classification of four dimensions of students’ errors in language learning was referred. The data were collected through a writing test from 25 students who had just enrolled into the university. The findings of this study showed that most of the students tend to make errors in various categories namely orthography, lexicon, grammar and sentence structure, and grammar is the most frequent errors made by the students. In fact, the findings also indicated that the students committed the same errors repeatedly which also implied that they have issues with their linguistic competence in learning Arabic. This also involves the pedagogical implications of effective remedial strategies to help students to overcome these weaknesses.
The Modern Standard Arabic (MSA) is practiced in all Arab countries especially in official communication; written and spoken to unite Arab countries in certain aspects. However, a standardization of the Arabic language, particularly in the word usage is needed between Arabic countries. Seven Arabic newspapers from different countries which contain a corpus of around 87,000 words from World Affairs section are used to highlight the differences of word usage. This research is based on a theory (Kilgarriff, 2001) which states that the analysis of the consistency of word usage in corpora or sub-corpora can reveal the lexical choices. This study focuses on the discussion of several types of variations of nouns and verbs usage. The software Wordsmith 5.0 was utilized to analyze the corpus by extracting all words into frequency list and concordance. The results show that the Arabic newspapers had a great contribution in creating word usage variations, specifically in terms of spelling, loan word acceptance, verbs transitivity to particle, phrase combinations and plural formations. In some cases, the influence of foreign language such as English plays an important role in creating variation of Arabic language usage. The results of this study is hoped to increase the awareness of newspaper readers around the world regarding the significant variations in Arabic language usage and its transformations over the years.
Memiliki perbendaharaan kata yang luas merupakan faktor penting dalam mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua dan ilmu-ilmu di dalam bahasa tersebut. Di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), bahasa Arab digunakan sepenuhnya sebagai bahasa perantaraan dalam proses PdP dan buku teks. Justeru, penguasaan para pelajar STAM terhadap kosa kata-kosa kata penting yang digunakan dalam buku-buku teks STAM wajar diberi perhatian. Namun, sejauh manakah tahap penguasaan pelajar-pelajar STAM terhadap kosa kata-kosa kata yang terdapat dalam buku-buku ini? Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pencapaian para pelajar STAM dalam memahami kosa kata-kosa kata yang penting dan kerap digunakan dalam buku-buku teks mereka. Data korpus yang mengandungi teks dari sepuluh buah buku teks STAM telah dibina dan dianalisa untuk mendapatkan senarai kosa kata terbahagi kepada dua kategori iaitu mengikut 1) kekerapan penggunaan dan 2) kata kunci. Senarai kosa kata dan kata kunci tersebut kemudiannya diuji ke atas 115 calon STAM daripada tiga buah sekolah menengah yang dipilih. Dapatan menunjukkan para pelajar dapat menjawab ujian dengan baik bagi kategori kekerapan perkataan, tetapi agak sederhana di kategori kata kunci.
Kelemahan dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat universiti di Malaysia khususnya dapat dikaitkan dengan kelemahan mereka dalam menguasai jumlah kosa kata yang mencukupi. Kesan daripada situasi ini menyebabkan ketidakmampuan mereka untuk menggunakan bahasa Arab dengan baik dalam apa jua situasi dalam kemahiran bahasa. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti maksud penguasaan kosa kata dan saiz kosa kata ideal untuk pembelajaran bahasa Arab pada peringkat univeristi. Ia juga bertujuan untuk menilai sejauh mana mereka mampu menguasai jumlah kosa kata tersebut. Bagi mencapai objektif pertama, kaedah analisis dokumen telah dijalankan. Manakala bagi objektif kedua, ujian penguasaan kosa kata pula dijalankan ke atas 59 orang pelajar tahun satu di Fakulti Pengajian Bahasa Utama di USIM dengan berpandukan kepada Corpus of Contemporary Arabic (CCA). Ujian ini melihat kepada kemampuan pelajar menyatakan jenis perkataan, pola, makna dan kebolehan mereka membina ayat yang lengkap menggunakan perkataan yang disenaraikan dalam CCA tersebut. Keputusan ujian penguasaan kosa kata ini mampu memberikan gambaran saiz kosa kata yang dikuasai pelajar dan seterusnya menghubungkan situasi tersebut dengan kelemahan pelajar peringkat universiti dalam menuturkanbahasa Arab secara keseluruhannya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar secara umumnya hanya mampu menguasai jumlah kosa kata sekitar 1500-2000 perkataan sahaja. Manakala, hasil analisis dokumen menyimpulkan bahawa pelajar peringkat universiti yang mempelajari bahasa asing sebagai bahasa kedua seperti bahasa Arab sepatutnya menguasai sekitar 3000-5000 perkataan bagi memudahkan mereka mengikuti pengajian dalam bidang mereka. Low proficiency in Arabic language among university students specifically in Malaysia can be attributed to their inability to master sufficient number of vocabulary. This consequently affects their ability to effectively use Arabic in any situations. This study therefore aims to investigate vocabulary mastery and the appropriate vocabulary size for learning Arabic at tertiary level. This study also aims to assess the extent students are able to master the appropriate vocabulary size. Document analysis was conducted to achieve the first objective, and for the second objective, based on the Corpus of Contemporary Arabic (CCA), a vocabulary mastery test was administered to 59 first year students at the Faculty of Major Language Studies, USIM. The test measured the students’ ability to determine word categories, patterns and meanings, and to build complete sentences using the listed vocabulary in the CCA. The vocabulary mastery test was able to provide students’ vocabulary size, and link this level of competency to their proficiency in communicating using Arabic. The findings revealed that the students were generally able to master about 1500-2000 Arabic words. Meanwhile, the document analysis concluded that university students learning a second language like Arabic need to master around 3000-5000 words in order to ease their learning.
Memiliki dan menguasai kuantiti kosa kata yang mencukupi merupakan aspek penting dalam pembelajaran apa jua bahasa di semua peringkat pengajian. Namun bagi pembelajaran di peringkat universiti, kuantiti kosa kata yang mencukupi sahaja tidak memadai, sebaliknya aspek kualiti juga perlu diberi perhatian. Hal yang demikian kerana sekiranya kosa kata yang dikuasai tersebut tidak relevan dengan bidang pengajian pelajar, situasi ini tidak membantu mereka mengikuti pengajian dengan lancar. Realiti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam bahasa Arab di peringkat universiti pada masa kini, bukan sahaja dari aspek kualiti, bahkan dari aspek kuantitinya juga. Halangan ini telah menjadi antara faktor yang melambatkan proses pembelajaran di universiti dan akhirnya membantutkan usaha kerajaan melahirkan para pelajar yang berilmu dan berkemahiran dalam bidang yang diceburi. Justeru, kertas ini bertujuan membincangkan saiz kosa kata ideal dalam bahasa Arab yang mesti dikuasai pelajar di peringkat universiti, permasalahan utama yang dihadapi dalam menguasainya serta pendekatan pengajaran yang sesuai. Metodologi analisis teks menjadi kaedah utama pengumpulan data dan maklumat berkaitan tajuk. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar di peringkat universiti menghadapi masalah yang serius dalam menguasai kosa kata penting dalam pembelajaran. Tinjauan literatur juga membuktikan bahawa pelajar perlu menguasai minimum saiz kosa kata antara 3000-5000 perkataan bagi memudahkan mereka mengikuti pengajian dalam bidang masing-masing dengan lancar. Kajian ini mencadangkan supaya aspek pengajaran kosa kata perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam aktiviti PdP di universiti samada di dalam atau luar dewan kuliah dan tutorial.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.