Civilizations built in this modern day is based on the separation between the Naqli knowledge and Aqli knowledge. It is a result from Western influence which isolates the Naqli knowledge from being a reference and as a guidance in worldly life based on reasons. The implications of this isolation lead to various social problems and crimes. In addressing this issue, the integration of Naqli and Aqli knowledge (iNaQ) and Islamization concepts were introduced in national education system. Hence, this study applies a qualitative approach by means of document analysis method. The findings of this study have achieved a higher form of understanding about the concept of iNaQ and its difference from Islamization. It is expected to develop a well-balanced human resource in national education system and generates values for the nation, ummah and mankind.
Abstrak
Peradaban dan tamadun yang dibina pada zaman moden ini adalah berasaskan kepada pengasingan antara ilmu Naqli dan Aqli. Ia adalah kesan daripada pengaruh Barat yang memencilkan ilmu Naqli daripada menjadi rujukan dan panduan dalam kehidupan duniawi yang berasaskan akal. Implikasi kepada pengasingan ini membawa kepada pelbagai gejala sosial dan jenayah. Dalam menangani isu ini, konsepintegrasi ilmu Naqli dan Aqli (iNaQ) dan Islamisasi diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Justeru, kajian ini adalah untuk menerangkankonsep iNaQ dan perbandingannya dengan Islamisasi. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif iaitu melaluikaedah analisis dokumen. Dapatan kajian ini telah menghasilkankefahaman tentang konsep iNaQ dan perbezaannya dengan Islamisasi. Ia diharapkan dapat membangunkan sumber manusia yang seimbangdalam sistem pendidikan negaradan menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat.