Islamic Bond or widely known as Sukuk has been succesfully implemented at international level and contribute a lot in economics development. The objective of this reasearch is the identify the potential of Sukuk as an instrument of investment of waqf assets. This research has been conducted by using qualitative methods which the informations were extracted from the primary and secondary data. This research has identified that there are lot of underutilized waqf land and assets and the number is increasing day by day. Therefore, the specific initiative must be conducted in order to utilized these waqf assets and gain a sufficient returns from the waqf assets utilization to boost and strengthen the economics nationwide.
ABSTRAK
Bon Islamik atau lebih dikenali sebagai al-Sukuk, telah mencapai kejayaan dalam perlaksanaannya diperingkat antarabangsa, di mana ia telah menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan ekonomi masyarakat. Objektif kajian ini dilakukan adalah bagi melihat potensi instrumen ini sebagai salah satu metode pelaburan untuk tanah atau harta wakaf. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan memperoleh maklumat dari data-data primer dan sekunder. Kajian mendapati bahawa jumlah tanah wakaf yang tidak diusahakan meningkat dari hari ke hari. Justeru, Usaha harus dilakukan untuk menjadikan tanah wakaf ini sebagai aset yang memberi pulangan sekaligus dalam membantu meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi umat Islam.
Faraid merupakan sebuah sistem pengurusan harta selepas kematian yang dianjurkan oleh Islam. Di Malaysia, bidang kuasa hal ehwal Islam termasuk pengurusan harta pusaka adalah terletak di bawah kuasa pentadbiran negeri. Walau bagaimanapun, sistem pengurusan harta pusaka pada masa kini dilihat masih memerlukan kepada penambahbaikan dan transformasi dari sudut pengurusan dan pentadbirannya. Anggaran sebanyak 60 Bilion harta masih belum dituntut disebabkan oleh kesedaran masyarakat tentang pengurusan harta pusaka masih lagi di tahap yang rendah di samping kekeliruan dengan wujudnya pelbagai agensi yang menguruskan harta pusaka. Justeru, pembangunan model pusat sehenti pengurusan harta pusaka atau FOSC (Faraid One-Stop Centre) ini merupakan sebuah inisiatif yang dibangunkan untuk memudahkan masyarakat menyelesaikan masalah berkaitan harta pusaka dengan lebih efisien dan kondusif. Model pusat sehenti pengurusan harta pusaka (FOSC) ini menyatukan semua agensi-agensi yang terlibat dengan pengurusan harta pusaka di bawah satu pusat bagi memudahkan pengurusan harta pusaka. Model FOSC terdiri daripada lima agensi iaitu Faraid USIM Consultant (FUSACA), Bahagian Harta Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad, Majlis Agama Islam Negeri dan Agensi Guaman & Perunding. Faraid USIM Consultant (FUSACA) dijadikan agensi yang berperanan penting dalam membuat keputusan dan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan. Manakala, Bahagian Harta Pusaka Kecil sebagai agensi yang merekod kes yang dipohon dan diselesaikan dan Amanah Raya Berhad merupakan agensi yang menguruskan hal yang melibatkan harta alih dan mengeluarkan Akuan atau Arahan bagi harta alih. Majlis Agama Islam Negeri menyediakan khidmat pengiraan jumlah nilaian dan bahagian harta pusaka dan Agensi Guaman & Perunding sekiranya pelanggan memerlukan khidmat peguam atau nasihat. Model FOSC ini boleh menjadi rujukan dan panduan kepada agensi berwajib berkaitan harta pusaka dalam mewujudkan pusat sehenti di negeri masing-masing. Model FOSC ini juga amat diyakini dapat memperkasakan pengurusan harta pusaka di Malaysia dan secara langsung dapat memudahkan masyarakat menguruskan harta pusaka secara mudah dan sahih.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.