Penyertaan golongan OKU pendengaran dalam sebarang program berkaitan pembangunan kekeluargaan Islam adalah sangat terhad dan terbatas termasuk penyertaan mereka dalam kursus pra dan pasca perkahwinan disebabkan kurangnya kemudahan untuk menyertai program-program berkaitan. Komitmen dan penyertaaan OKU pendengaran dalam program-program tersebut banyak bergantung kepada inisiatif dan kerjasama pihak badan bukan kerajaan (NGO) sama ada NGO yang terlibat dengan OKU pendengaran secara langsung atau tidak langsung. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan mengenalpasti peranan NGO sebagai sistem sokongan kekeluargaan Islam bagi golongan OKU pendengaran dan mengenalpasti NGO-NGO yang berperanan memberikan pendedahan atau program-program kekeluargaan kepada golongan OKU pendengaran. Kajian ini merupakan kajian kualitatif lapangan melibatkan metode pengumpulan data melalui perbincangan meja bulat (Round Table Discussion/RTD) melibatkan informan yang terdiri daripada wakil NGO OKU, ahli akademik, wakil Jabatan Agama Iskam Negeri-negeri, wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai penggubal MBKPPI, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Kajian mendapati badan-badan NGO memainkan peranan yang sangat penting membantu kerajaan dan golongan OKU pendengaran sendiri dalam usaha meningkatkan kualiti insititusi kekeluargaan Islam golongan tersebut melalui program-program yang sesuai. The participation of hearing impaired people in any program related to Islamic family development is very limited and limited, including their participation in pre- and post-marriage courses due to the lack of facilities to participate in related programs. The commitment and participation of the hearing impaired in the programs depends a lot on the initiative and cooperation of non-governmental organizations (NGOs) whether NGOs are involved with the hearing impaired directly or indirectly. Therefore, this study aims to identify the role of NGOs as a support system for the disabled in the development of Muslim families among them. This study is a qualitative field study involving the method of data collection through a round table discussion (Round Table Discussion/RTD) involving informants consisting of representatives of NGOs with disabilities, academics, representatives of the State Religious Affairs Department, representatives of the Islamic Development Department of Malaysia as drafters of MBKPPI, representatives of the Social Welfare Department and representatives of the National Population and Family Development Board (LPPKN). The study found that NGOs play a very important role in helping the government and the hearing impaired themselves in an effort to improve the quality of Islamic family institutions for the group through appropriate programs.
Syariah was revealed generally as to achieve justice and rahmah (mercy or comnpassion) for the believers and mandkind. Hence, any legal system which is not in line with those objectives would be considered as against to the principles of syariah and Islamic law. Justice as one of the objective of syariah (maqasid shari’ah) is the main objective of Islamic judicial system. Therefore, to obtain justice as the goal of Islamic judicial system, a judge should apply the rules and methodes of proof on their judgemnet based on Islamic legal rulings. According to the Islamic law of evidence, syahadah or testimony is the strongest evidence or method of proof after iqrar (confession). Syahadah means any evidence adduced in court by uttering the expression ‘ashadu’ to establish a right or interest. However, it is known as having strictest conditions to be fulfilled and difficult to be applied with regard to its literal meaning and conditions, numbers of witness and the process of examination of witness (tazkiyah al-shuhud). Nevertheless it will always being as the best evidence in order to administer justice even in current days and situations. The article discusses this principle of justice that is in spite of the testimony of syahadah in Islamic judicial system so that the goal can be achieved even when applied in the context of the modern world. Kata kunci : justice, islamic judicial system, syahadah. Abstrak Syariah secara umumnya bertujuan untuk memberi keadilan dan rahmat kepada umat manusia. Oleh yang demikian, segala peraturan atau sistem perundangan yang menyimpang dari tujuan umum tersebut adalah bertentangan dengan syariat. Keadilan sebagai salah satu objektif syariah (maqasid syari’ah) pula adalah objektif utama didalam sistem kehakiman Islam. Maka untuk merealisasikan keadilan sebagai puncak sistem kehakiman Islam, seseorang hakim hendaklah menjalankan proses penghakiman melalui peraturan dan kaedah pembuktian berlandaskan hukum syarak. Menurut undang-undang keterangan Islam, syahadah merupakan salah satu metode pembuktian yang kuat dan tiada perselisihan ulama mengenainya dari aspek penerimaannya sebagai salah satu alat pembuktian yang paling utama selepas iqrar. Ia melibatkan keterangan seseorang saksi yang bersifat benar tentang hak atau kepentingan orang lain dengan menggunakan lafaz ashhadu. Oleh yang demikian, syahadah merupakan salah satu cara untuk menegakkan dan memelihara keadilan dalam sistem kehakiman Islam. Walau bagaimanapun, syahadah dilihat mempunyai ciri-ciri yang agak tegas untuk diaplikasikan melalui syarat-syarat, bilangan dan juga proses tazkiyah al-shuhud. Walaupun ia dianggap tegas dan sukar untuk diaplikasikan terutama dalam situasi semasa, syahadah sebenarnya mengandungi ciri-ciri keadilan sebagai prinsip asas dalam sistem kehakiman Islam. Maka artikel ini cuba mengupas prinsip-prinsip keadilan yang ada di sebalik pensyariatan syahadah supaya matlamat sistem kehakiman Islam dapat dicapai walaupun diaplikasikan dalam konteks dunia moden. Kata kunci : keadilan, sistem kehakiman Islam, syahadah.
Syahadah or testimony is one of the strong evidence like an admission (iqrar) that should be resorted by fulfilling the strict conditions without ignoring the elements of justice and public interest. Syahadah as provided in the Malaysian Syariah Court Evidence Statutes (SCES) is derived from the results of a detailed study of the lawmakers on Syariah legal rulings and the books of fiqh on various mazhab to fit in SCES. This is in contrast with other provisions which was adapted from Malaysian Evidence Act 1950 like documentary evidence, examination of witnesses and qarinah through the process of modification of civil law with the principles of Islamic law of evidence. As syahadah in SCES was derived from Islamic law and the books of fiqh, the issue arises on the application of the present time when the conditions of syahadah seemed to be quite difficult to be fulfilled to be as admissible and original syahadah. Hence, most of the evidence tendered and testified in the Syariah court is only accepted as bayyinah by adopting the view of Ibn Qayyim al-Jawziyyah. This study attempts to analyze the foundation and source of codifying the relevant provisions of syahadah in SCES Malaysia which involves the definition, conditions, number of witnesses, examination of witnesses or tazkiyah al-shuhud (TS) and rules against hearsay. Based on interviews and library research as the main methods of collecting data, the authors found that the concept of syahadah under SCES refers basically to the Islamic legal rulings which mostly come from Shafi’i school of law (mazhab) which is also known as the main reference of Islamic law in Malaysia. However, by resorting the flexible approach of selecting views from various Islamic school of law (mazhab), to fit in SCES or other Islamic law in Malaysia, other’s views of fiqh are also acceptable in some situations such as the concept of bayyinah according to Ibn Qayyim al-Jawziyyah and the number of witnesses from the view of the Hanafi and Hambali schools. ABSTRAK Syahadah atau kesaksian menurut fiqh merupakan salah satu alat pembuktian yang kuat setaraf dengan iqrar (pengakuan) yang perlu dikendalikan dengan tegas tetapi pada masa yang sama mengambil kira aspek maslahah dan keadilan. Syahadah seperti yang diperuntukkan dalam statut keterangan mahkamah syariah (SKMS) di Malaysia adalah bersumberkan hukum syarak hasil dari kajian terperinci para penggubal undang-undang terhadap kitab-kitab fiqh pelbagai mazhab bagi memilih pandangan yang sesuai untuk dimuatkan dalam SKMS. Ini berbeza dengan kebanyakan peruntukan lain yang diadaptasi dari Akta Keterangan (AK) 1950 seperti keterangan dokumen dan pemeriksaan saksi atau pun yang melalui proses pengubahsuaian di antara peruntukan dalam AK 1950 dengan prinsip keterangan Islam seperti qarinah. Oleh kerana syahadah dalam SKMS diambil berasaskan hukum syarak dan kitab-kitab fiqh maka timbul isu dari aspek pemakaiannya pada masa kini apabila syarat-syarat syahadah yang diperuntukkan kelihatan masih agak sukar untuk dipenuhi bagi melayakkan keterangan seseorang saksi itu diterima sebagai syahadah. Implikasinya, kebanyakan keterangan yang dikemukakan di mahkamah syariah diterima sebagai bayyinah sahaja menggunapakai konsep keterangan yang diadaptasi dari pandangan Ibnu Qayyim al-Jawziyyah. Kajian ini cuba menganalisis asas dan sumber penggubalan bagi setiap peruntukan berkaitan syahadah dalam statut keterangan mahkamah syariah (SKMS) di Malaysia dengan perhatian khusus terhadap aspek-aspek syahadah setakat yang diperuntukkan yang hanya melibatkan definisi, syarat, bilangan, testimoni saksi atau tazkiyah al-shuhud (TS) serta keterangan dengar cakap. Berpandukan metode temubual dan kajian kepustakaan, penulis mendapati bahawa konsep syahadah dalam SKMS kebanyakannya berasaskan mazhab utama rujukan hukum syarak dalam sistem perundangan di Malaysia iaitu mazhab Shafi’i. Walau bagaimanapun, dengan sifat keterbukaan sumber hukum dalam SKMS seperti undang-undang Islam yang lain di Malaysia, pandangan fiqh dari sumber mazhab yang lain juga diterima dalam sesetengah situasi seperti penerimaan konsep bayyinah mengikut pandangan Ibnu Qayyim al-Jawziyyah danAL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUESPublished by Faculty of Islamic Civilization Studies, KUIS36bilangan saksi yang mengambil kira juga pandangan dari mazhab Hanafi dan Hambali.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.