This study aims to identify the student perceptions of interactive multimedia applications in teaching and learning process in 21st century. Interactive multimedia is an integration of five elements (text, graphics, video, audio, and animation). The study design used was a quantitative survey by using questionnaire as instrument. Data was analyzed through quantitative and descriptive approach. The respondents were selected among 30 form 1 students that selected by purpose sampling technique to answer the objectives of the study. The result shows that majority students gave a positive perception to the applications of interactive multimedia in teaching and learning in the classroom. This method can improve a student’s concentration level and easily understand the subject matter. In conclusion, teachers should know that the applications of interactive multimedia in teaching and learning can gain positive impact not only to the skills of the information and communication technology by the teacher itself that can diversify the teaching method, but at the same time can produce a creative, innovative, smart students in both IT and knowledge.
The acquisition of Malay as a second language, either verbally or non verbally among the non-Malay students, is still in question. It is observed that the problems of pronunciation is still prevalent among the non-Malay students. Hence, the objectives of this study are twofold; (i) to identify the level of proficiency of the speaking skill of Malay language among Chinese students, and (ii) to analyse the errors made in the speaking skill of Malay language by Chinese students based on contrastive analysis theory. The respondents were 27 Chinese Form 1 students in SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu, Selangor. The initial design of the study was spurred by library research and observation. The instruments used in data collection included notebooks, questionnaire, recorder and texts for speech test. The data were analyzed by contrastive analysis theory by Robert Lado (1957). The findings showed that there were four aspects of pronunciation errors related consonants produced by the respondents. They were (i) sound replacement, (ii) sound addition, (iii) sound abortion, (iv) and grammatical errors. This study also shows that the pronunciation errors were due to the influence of their native language, which is Mandarin language, and the interlingual factors of the respondents that have caused them to be weak in the mastery of Malay language. In terms of implication, this study provides some understanding on the importance of mastering oral speech in Malay language through appropriate grammatical usage and pronunciation , especially among the second language speakers of Malay.
Penulisan ini meninjau pengetahuan mahasiswa terhadap pemilihan set induksi dalam pengajaran Bahasa Melayu dan faktor pemilihan set induksi yang kreatif. Selain itu, kajian ini juga meninjau kesan pelaksanaan set induksi kreatif oleh mahasiswa semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seramai 110 mahasiswa program Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijadikan sampel dalam kajian ini. Reka bentuk kajian berbentuk gabungan iaitu kualitatif dan kuantitatif. Proses kajian dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik dan analisis video pengajaran. Hasil kajian mendapati mahasiswa mempunyai pengetahuan yang sangat tinggi tentang pelaksanaan set induksi dalam pengajaran. Bukan itu sahaja, mahasiswa turut menitikberatkan beberapa faktor sebelum melaksanakan set induksi iaitu dimulakan dengan faktor fleksibiliti, keunikan, kewajaran, kesesuaian dan faktor paling kurang diambil kira adalah faktor keaslian. Penjelasan tentang huraian faktor ini ada dinyatakan pada bahagian hasil kajian. Akhir sekali, mahasiswa turut menyatakan kesan yang positif terhadap pelaksanaan set induksi dalam sesi pengajaran mereka. Penulisan ini dapat meninjau pengetahuan dan kefahaman mahasiswa sebagai bakal guru tentang set induksi serta memperlihatkan kesinambungan respon murid dan guru terhadap set induksi yang kreatif.
Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan perubahan vokal tinggi di akhir kata dalam kalangan pelajar dalam dialek Taiping berdasarkan teori fonologi generatif (Chomsky & Halle, 1969). Data kajian diperolehi melalui kaedah kepustakaan, pemerhatian dan temu bual dengan bantuan alat perakam, Ujian Sebutan Lisan dan buku catatan. Informan yang dipilih dalam kajian ini merupakan 20 orang pelajar berbangsa Melayu yang tinggal di Taiping, Perak. Lokasi kajian pula adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang, Perak. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkataan yang mempunyai vokal tinggi /i/ dan /u/ di akhir kata akan direalisasikan sebagai [e] dan [o] seperti /bilik/ → [bileʔ], /ʧantik/ → [ʧanteʔ], /datuk/ → [datoʔ], /kukuh/ → [kukoh] dan sebagainya. Berdasarkan data ini, perubahan bunyi vokal tinggi yang berlaku menunjukkan bahawa vokal tinggi /i/ dan /u/ kehilangan fitur [+tinggi] dan akan direalisasikan sebagai vokal separuh tinggi [e] dan [o] melalui pelaksanaan rumus perendahan vokal di lingkungan suku kata akhir tertutup. Data ini kemudiannya dianalisis menggunakan teori fonologi generatif menggunakan rumus fitur distingtif. Hasil kajian menunjukkan bahawa vokal tinggi /i/ dan /u/ mempunyai ciri pembeza yang berlainan antara satu sama lain. Vokal tinggi /i/ mempunyai fitur [‒belakang], [+depan] manakala vokal /u/ mempunyai fitur [+belakang], [‒depan]. Berdasarkan rumus fitur distingtif Zaharani Ahmad (1993), rumus tersebut telah dikembangkan untuk menentukan fitur vokal separuh tinggi [e] dan [o] yang mempunyai ciri pembeza masing-masing untuk menerangkan perubahan vokal tinggi di akhir kata dalam dialek Taiping. Kajian ini telah dapat menjelaskan sebab perubahan vokal tinggi di akhir kata dalam dialek Taiping, iaitu disebabkan proses perendahan vokal tinggi di akhir kata.
ABSTRAKMakalah ini bertujuan untuk menjelaskan proses perubahan bunyi frikatif alveolar /s/ kepada bunyi frikatif glotis [h] dalam bahasa Kerinci. Wujudnya penutur bahasa Kerinci di Malaysia disebabkan mobiliti dan perpindahan penuturnya yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Bahasa Kerinci yang dituturkan dikedua-dua buah negara mempunyai sistem sebutan yang berbeza antara satu sama lain. Namun, sistem fonologi bahasa Kerinci yang digunakan di Malaysia masih belum dibincangkan secara teoritikal. Sampel kajian dipilih dalam kalangan masyarakat Melayu Kerinci di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat Selangor yang berusia dalam lingkungan 50 tahun dan ke atas. Maklumat dan data diperoleh melalui teknik pemerhatian, temu bual dan rakaman yang bertujuan merekod pertuturan responden untuk ditranskripsi serta dianalisis untuk menjelaskan perubahan bunyi yang berlaku. Kajian ini menerapkan kerangka fonologi generatif untuk menjelaskan proses pengglotisan /s/ kepada [h]. Proses fonologi yang berlaku bukan sahaja melibatkan perubahan pada segmen /s/ tetapi turut mengubah bunyi-bunyi vokal yang mendahului segmen tersebut, iaitu vokal /a, i, u/. Hasil kajian menunjukkan vokal /a, i, u/ yang mendahului segmen /s/ dalam bahasa Kerinci akan mengalami proses fonologi dan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza antara satu sama lain. Proses fonologi yang terlibat adalah rumus peninggian vokal yang mengubah bunyi /as/ kepada [h] dan rumus perendahan vokal yang mengubah bunyi /is/ kepada [h] dan /us/ kepada [awh]. Namun, setiap perubahan yang berlaku memerlukan huraian atur rumus untuk menjelaskan proses mana yang berlaku terlebih dahulu. Dapatan menunjukkan bahawa rumus pengglotisan geseran yang mengubah segmen /s/ kepada [h] hanya berlaku selepas pelaksanaan rumus-rumus yang menyebabkan perubahan pada vokalvokal tersebut. Hal ini bagi memenuhi syarat lingkungan yang telah ditetapkan terhadap rumus-rumus yang telah dinyatakan.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.