“…Kajian-kajian lepas banyak membincangkan bahawa mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran yang kurang diminati murid. Antara sebabnya ialah kerana mata pelajaran ini melibatkan ingatan peristiwa masa lampau (Shakila et al, 2018), dikatakan membosankan dan padat dengan fakta-fakta (Anuar et al, 2009), cara penyampaian yang berbentuk tradisional, kemahiran mengajar guru yang kurang berkesan (M. Kaviza et al, 2018), tidak menarik perhatian murid (Mohd Mahzan et al, 2016) serta pembelajaran yang tidak pelbagai (Arief Hidayat, 2018). Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara luar seperti Australia, Kanada dan Indonesia juga menyatakan bahawa mata pelajaran Sejarah adalah membosankan, tidak menarik dan pelajar tidak termotivasi untuk belajar mata pelajaran tersebut (Susi Susanti et al, 2015;Ambika Luhitadati et al 2017;Mohd Samsudin & Shahizan, 2012).…”